VIVIX DAN VITA C
Inilah hadiah yang saya berikan kepada suami tercinta. VIVIX dan Vita C.
Suami saya mengidap GOUT. Kasihan apabila kena sakit ini, sampai ambil MC.
Jalan pun tertengkot-tengkot. Tersilap sahaja makan (udang,kacang dll) , penyakit itu akan menyerang semula.. Pelbagai iktiar telah dilakukan. Akhirnya,alhamdulillah bertemu juga dengan VIVIX.
Sekarang, suami saya merasakan perubahan apabila meminum VIVIX.
Badan rasa lebih berstamina, sakit-sakit di kaki alhamdulilah berkurangan. Moga pulih sepenuhnya.
Kita hanya berikhtiar dan Allah swt sahaja menentukan.
Di sini , saya share serba sedikit mengenai apa itu GOUT.
Penyakit Gout adalah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes hanya menjejaskan satu sendi khususnya ibu jari kaki. Istilah Gout berasal dari perkataan Latin "gutta" yang bermakna "setitis".
Pesakit yang mengidap gout mengalami peningkatan aras asid urik atau masalah penyingkiran asid urik atau gabungan kedua-duanya sekali. Asis urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, Hiperlipedemia Jenis IV, kencing manis dan darah tinggi.
Tanda penyakit Gout
- Sakit yang melampau serta mengejut, bengkak, kemerahan dan kehangatan serta kekakuan pada sendi
- Demam gred rendah
- Hablur-hablur dalam sendi mengakibatkan sakit keterlaluan ketika kawasan yang terjejas digerakkan
- Keradangan tisu-tisu di sekeliling sendi juga mengakibatkan kulit menjadi bengkak dan sakit walaupun hanya disentuh dengan lembut.
- Gout biasanya menyerang ibu jari kaki. Gout juga menjejaskan sendi-sendi lain seperti mata kaki, tumit, lutut, pergelangan tangan, siku, jari dan tulang belakang.
- Gout boleh terjadi juga pada sendi jari-jari kaki yang tidak dapat bergerak disebabkan kecederaan dahulu yang mengakibatkan peredaran darah yang buruk.


No comments:
Post a Comment