Monday, 20 April 2015

PERTAMA KALI KENAL SHAKLEE

Assalamualaikum wrm wbt

Ingin berkongsi pengalaman saya sendiri bagaimana saya kenal dengan Shaklee.. Alkisah....

Saya kenal dengan 'Shaklee' ini pada tahun 2001.Lama juga tu :) Sudah 14 tahun.. Ketika itu saya masih belajar. Pensyarah saya mensyorkan saya agar mengambil makanan tambahan ini apabila beliau melihat saya kelihatan letih dan pucat (tidak cukup rehat,maklumlah pelajar ).Jadi,apalagi..saya pun terus membeli set tersebut. Masatu tiada katalog..cuma sehelai kertas saiz A4 yang diprint. :)

Ketika itu, set yang saya pilih adalah yang mengandungi ESP (dalam tin kecil) , Omega , Vita lea, B-Compleks dan Alfafa...Alhamdulillah , saya dapat menghabiskan set tersebut .Kesan kepada kesihatan dan pembelajaran saya adalah dapat belajar dengan baik...mudah hafal ..Tidaklah selalu penat dan lesu lebih-lebih lagi apabila terlibat dengan aktiviti luari (wajib hadir )seperti jungle tracking, berkayak dan sebagainya...Itu kisah saya masa first time cuba makan supplement..Lepas tamat belajar, saya cuba mencari semula shaklee tetapi tiada di tempat saya.. erm..masatu tidak seperti sekarang.(online).'.terberhenti' saya ketika itu.. :)

Kemudian saya amalkan kembali shaklee ketika saya mengandungkan anak ke2 tahun 2010 (tengok dalam web dan terus beli ) dan seterusnya. Sekarang dah anak ke4. Alhamdulillah , Saya berasa bertenaga dan tidak cepat letih.. Start anak ke3 dan ke4, saya kena jaga sendiri ketika dalam pantang. Ikutkan badan tanpa makan supplement, memang rasa letih dan tidak bermaya.Tetapi alhamdulillah saya dapat menguruskan anak-anak disamping tugas sebagai ibu serta bekerja sendiri..

Itulah serba sedikit perkongsian saya mengenai Shaklee.



No comments:

Post a Comment