Friday, 15 July 2016

SALAM AIDILFITRI

ALLAHU AKBAR.. ALLAHU AKBAR… ALLAHU AKBAR
TAQABBALLAHU MINNA WA MINKUM WA LA TANSA BID-DUA
(mudah-mudahan allah menerima amal badah kita .janganlah kamu melupakan kami dalam doa-doamu)
aidilfitri

Seorang pujangga pernah berkata:
Wahai Hamba Allah, bulan apakah yang telah menguasai kita? 
Kalau kita benar-benar berfikir, kita akan menangisi berlinangan air mata darah
Bagaimana kita tidak menangisi bulan yang telah berlalu, sedang kita melalaikannya?
Kita pun tidak tahu, apakah amalan kita ditolak atau diterima.
Sesungguhnya Allah swt melatih umat islam  dengan mengasah keimanan kita melalui bulan yang mulia iaitu bulan ramadhan. Di bulan inilah , bulan PESTA IBADAH , bulan PESTA NGAJI , PESTA SADAQAH JARIAH dan pelbagai lagi . Siapa yang tidak mahu amalannya mendapat ganjaran pahala yang berlipatkali ganda? Semestinya semua umat islam walaupun tiada sepenuh hati mesti ada secuit rasa untuk mengejar ganjaran itu.
” JADILAH HAMBA YANG RABBANI (SEMATA-MATA KERANA ALLAH SWT) DAN JANGAN MENJADI HAMBA RAMADHANI (RAMADHAN SAHAJA) “
Jadi bagaimanakah rancangan kita selepas habisnya Ramadhan? Antaranya :
1- BERSAMA ALLAH SWT
*Hendaklah terus menerus menjaga solat-solat sunat disamping solat fardhu tidak ditinggalkan.
*Terus menjaga qiamullail
*Terus menjaga solat subuh & isya’ berjemaah (keutamaan kkepada kaum lelaki)
*Melaksanakan puasa-puasa sunat
*Menjaga lisan dengan istimrar membaca al-quran
2-BERSAMA ORANG LAIN
*Terus menerus membuat kebajikan
*Meneruskan majlis ilmu dalam pelbagai bentuk dan suasana
*Tetap bersikap dermawan dan bermurah hati

Ayuh berlumba mengejar jannatul firdausi.!

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN DARI UMMU ASMA’ SEKELUARGA